Mungkin pada waktu yang terdekat ini, anda mempunyai perancangan untuk mendaftar pelan Takaful Perubatan. Tetapi sebelum itu, apa kata anda ambil kira tips soalan yang saya berikan ini untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada pelan Takaful Perubatan anda itu nanti.

Tips Soalan 1

Apakah jenis perlindungan yang saya perlukan?

Ini untuk memastikan anda tidak mendaftar pelan yang tiada keperluan untuk anda. Ingat! Anda yang menentukan pilihan pelan yang bersesuaian dengan anda. Manakala ejen Takaful berperanan untuk memberikan opsyen yang bersesuaian untuk anda. Percayakan ejen anda tersebut, kerana mereka lebih berpengetahuan dalam selok belok industri Takaful ini.

Tips Soalan 2

Ini adalah soalan popular yang sering ditanyakan kepada ejen Takaful. Soalan ini sangat penting untuk mengetahui bilik apa yang anda layak duduk sekiranya berlaku musibah seperti kemalangan atau penyakit yang dimana anda dikehendaki bermalam di hospital.

Tetapi anda harus ingat, semakin tinggi kelayakan bilik & penginapan yang anda pilih, maka semakin tinggi jugalah caruman bulannya.

Di [Great Eastern Takaful](https://www.greateasterntakaful.com), kami memberikan pilihan bilik yang tidak memeningkan kepala anda untuk memilih. Kami hanya berikan 2 jenis bilik pilihan iaitu Room & Board RM150/malam dan Room & Board RM200/malam. Walaupun nampak agak rendah, tetapi yang istimewanya pelan ini, anda diberikan kenaikan harga bilik RM50 setiap 5 tahun, kenaikan ini sangat membantu menangani arus inflasi perubatan di Malaysia.

Tips Soalan 3

Apakah manfaat/perkhidmatan yang diberikan oleh pelan ini?

Setiap kontrak dalam sijil Takaful ada dinyatakan berkenaan dengan manfaat dan kebaikan pelan Takaful Perubatan. Contoh yang paling penting untuk anda ketahui adalah berapakah had maksima untuk rawatan setahun dan adakah syarikat pengendali Takaful memberikan had rawatan tahun yang tidak ada had maksima? Ejen Takaful anda mempunyai jawapan tersebut serta pastikan anda mendapatkan quotation penuh untuk anda mendapat maklumat yang penuh supaya pemilihan anda untuk pelan Takaful ini adalah berdasarkan pemilihan yang teliti oleh anda.

Tips Soalan 4

Adakah caruman saya meningkat seiring dengan umur saya?

Jawapan untuk soalan ini bagi Great Eastern Takaful adalah tidak. Pelan Perubatan Takaful Great Eastern Takaful adalah pelan yang boleh dikatakan pelan yang kalis inflasi perubatan dan tiada syarikat pengendali Takaful lain boleh mencantas keistimewaan ini. Ingin penjelasan selanjutnya, anda boleh menghubungi saya – [Azly](https://norazlybasarian.wasap.my) – untuk kita bercerita mengapa ianya kalis inflasi perubatan.

Tips Soalan 5

Bolehkah saya tingkatkan pelan saya di masa hadapan?** (Seperti tambahan rider, penambahan sumbangan dan naik taraf pakej)

Soalan ini adalah relevan untuk anda kerana mungkin pada awal permohonan pelan Takaful anda, anda hanya mempunyai sejumlah bajet untuk mendaftar. Tetapi pada masa hadapan, mungkin anda mempunyai rezeki yang lebih, peningkatan manfaat dalam pelan Takaful anda adalah sangat dialu-alukan.

Tips Soalan 6

Apakah yang tidak dilindungi di dalam pelan ini?

Pastikan anda memberikan “Full Disclosure” kepada ejen Takaful anda, kerana terdapat beberapa perkara yang berhubung-kait dengan pelan anda yang mana pelan Takaful anda tidak memberikan perlindungan kepada anda. Contohnya seperti, perlindungan penyakit yang sedia ada adalah tidak sama sekali dilindungi oleh pelan Takaful. Ingat! Anda tidak seharusnya menyembunyikan fakta-fakta yang penting seperti taraf kesihatan anda kepada ejen Takaful.

Tips Soalan 7

Apakah jenis dokumen/laporan yang saya perlu ada untuk menyertai pelan Takaful?** (Contoh: laporan perubatan atau salinan kad pengenalan) Adakah caj yang dikenakan untuk mendapatkan laporan tersebut dibiayai oleh saya sendiri?

Bagi permohonan Pelan Takaful di Great Eastern Takaful adalah sangat mudah! Kami hanya memerlukan beberapa maklumat peribadi anda dan salinan kad pengenalan depan belakang anda. Itu sahaja! Mudah kan?

Tetapi ada kalanya permohonan pelan Takaful anda memerlukan dokumen tambahan seperti laporan kesihatan peribadi anda dikehendaki laporan tersebut. Untuk makluman, bagi pelan Takaful Perubatan yang didaftar dibawah pelan induk i-Great Evo, sekiranya memerlukan laporan kesihatan, anda tidak perlu membayar apa-apa kos perubatan pun. Anda hanya perlu membawa surat arahan untuk membuat laporan kesihatan ke klinik panel Great Eastern Takaful yang terdekat.

Tips Soalan 8

Berapa lamakah perlu saya tunggu sebelum perlindungan saya bermula?

Untuk pendaftaran Takaful, perlindungan perubatan akan diluluskan beberapa hari atau beberapa minggu, bergantung kepada isu-isu teknikal yang perlu dilaksanakan seperti keperluan laporan permohonan kesihatan. Tetapi bagi perlindungan kemalangan, walaupun sijil Takaful anda belum diluluskan. Anda terus mendapat manfaat perlindungan kemalangan serta merta anda telah membuat pembayaran yang disertai dengan permohonan pelan Takaful anda itu tadi.

Tips Soalan 9

Adakah saya mampu untuk membayar caruman ini?

Apabila anda mendaftar dengan pelan Takaful, maknanya anda memang bersedia untuk mengagihkan sedikit pendapatan anda ke dalam pelan Takaful anda.

Dalam hal kemampuan ini, seeloknya anda berbincang dengan ejen Takaful anda untuk membuat kira-kira dan mengeluarkan quotation yang bersesuaian dengan bajet anda. Pada kebiasaannya bagi saya, saya akan menyediakan quotation kepada klien-klien saya yang berpatutan dengan tidak memasukkan rider-rider tidak relevan untuk masa sekarang.

Ingat! Memiliki pelan Takaful ini adalah satu pelaburan anda jangka panjang. Dan pelaburan anda kedalan pelan Takaful ini lah sebenarnya dapat membantu anda menyelamatkan harta, aset atau pelaburan sedia ada anda sekarang. Kerana bila berlakunya musibah, klien hanya gunakan manfaat takaful untuk kos-kos seperti perubatan dan tidak menggunakan harta atau aset yang sedia ada.

Tips Soalan 10

Apakah kaedah bayaran yang paling berkesan supaya saya tidak lupa membayar caruman saya?

Di Great Eastern Takaful, klien mempunyai opsyen bayaran bulanan dari sebulan, suku bulan, enam bulan atau setahun bergantung kepada kemampuan klien sendiri.

Bagi mengelakkan untuk tidak terlupa membuat pembayaran, anda digalakkan membayar auto debit dari Debit/Kredit Kad anda atau pun potongan Biro Angkasa bagi mereka yang bekerja di kerajaan.
Tapi jangan risau, ejen Takaful anda juga akan membuat kerjanya memantau pembayaran klien sudah dibayar atau belum kerana mungkin kadang-kadang terjadi beberapa isu teknikal diantara bank dan Great Eastern Takaful

Selepas Tips hari ini, maka anda pun sudah bersedia untuk berbincang dengan [Perunding Takaful](https://norazlybasarian.wasap.my) anda. Jadi jangan tunggu lama-lama lagi, hubungi saya En. Azly melalui Whatsapp Klik Link Ini atau panggilan telefon ke +6011-1023 0305. Saya sentiasa bersedia bekerja sama dengan anda.

Sekian.