Pelan perubatan inovatif yang melindungi dan menjaga keperluan penjagaan kesihatan anda kini dan di masa hadapan

Kebanyakan daripada kita menjalani gaya hidup yang tidak stabil yang menjadikan perlindungan kesihatan sebagai suatu keperluan. Bahkan kenaikan inflasi dalam perbelanjaan perubatan menjadikannya wajib untuk menyertai pelan perlindungan kesihatan. Dengan i-Medi Rider dan i-Medi ExPlus Rider, anda tidak perlu lagi bimbang tentang menguruskan perlindungan kesihatan untuk anda dan keluarga, kerana ini adalah rider perubatan yang memberi ganjaran dan melindungi serta memahami keperluan penjagaan kesihatan anda di masa hadapan yang melengkapi pelan asas Takaful anda.

Manfaat-manfaat utama

Peningkatan Bilik & Penginapan hospital anda Had Tahunan Keseluruhan tanpa had

Nikmati peningkatan sebanyak RM50 untuk Bilik & Penginapan hospital dan RM50,000 untuk Had Tahunan Keseluruhan setiap 5 tahun bagi perlindungan yang menenangkan fikiran.

Jumlah hari penghospitalan tanpa had

Anda tidak perlu lagi risau tentang tempoh penginapan di hospital dan kos yang dikenakan setiap hari. Hanya fokus pada proses pemulihan anda.

e-Kad Medikal

Lindungi diri anda dan yang tersayang dengan e-Kad Medikal untuk pengalaman penghospitalan yang memudahkan.

Manfaat-manfaat tambahan

i-Medi Rider

  • Kelonggaran untuk memilih tempoh perlindungan di antara 25, 70 atau 80 tahun hari lahir berikutnya
  • Bilik dan Penginapan hospital yang meningkat
  • Had Tahunan Keseluruhan yang meningkat
  • Had Keseluruhan Seumur Hidup tanpa had
  • Jumlah hari tanpa had di hospital
  • Elaun tunai harian penghospitalan
  • Penjaga harian
  • Telekonsultasi pesakit luar tanpa had
  • Deduktibel sebanyak RM300 atau RM500 setiap ketidakupayaan
  • e-Kad Medikal

i-Medi ExPlus Rider

  • Tambah rider ini untuk menghilangkan deduktibel setiap ketidakupayaan
  • Had Tahunan Keseluruhan tanpa had
  • e-Kad Medikal

Bagaimanakah rider-rider ini berfungsi

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Azly Perunding Great Eastern Takaful anda ditalian 6011-1023 0305