Lindungi dan penuhi aspirasi hidup anda dalam satu pelan

Setiap orang mengimpikan untuk menjalani kehidupan yang hebat bersama orang tersayang. Maksud hebat mungkin berbeza antara satu sama lain, tetapi secara amnya, hebat bermakna anda sihat dan bebas hutang, anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran di universiti pilihan mereka dan anda bersara dengan selesa bersama pasangan anda, tanpa bimbang. Lindungi masa depan anda dengan i-Great Prestij yang mana anda boleh melindungi diri anda dan orang tersayang serta menerima potensi pulangan yang tinggi untuk mencapai aspirasi anda, semuanya dalam satu pelan.

Manfaat-manfaat utama

1. Pelaburan Rangsangan Tahunan sehingga 20% daripada caruman

  • Semasa kelangsungan hidup Orang Yang Dilindungi, peratusan sehingga 20% daripada jumlah Caruman Asas tahunan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ 2 ke dalam Akaun Unit Peserta untuk pembelian unit mengikut peruntukan dana Simpanan Wajib berdasarkan kadar peruntukan 100%.

2. Rangsangan Matang sehingga 500% daripada caruman tahunan

  • Setelah mencapai tempoh matang, peratusan sehingga 500% dari jumlah Caruman Asas tahunan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ 2 sebagai tambahan ke atas Manfaat Matang, selagi Sijil berkuat kuasa.

3. Tingkatkan perlindungan anda dengan pilihan rider

  • Tingkatkan pelan i-Great Prestij anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif dengan rider pilihan ini: i-Saver Rider – 95% daripada caruman dibayar akan diperuntukkan ke Akaun Unit Peserta untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Manfaat tambahan

Manfaat Ihsan

  • Apabila berlaku kematian Orang Yang Dilindungi, Manfaat Ihsan akan dibayar daripada Dana Tabarru’ 1.

Manfaat Matang

  • Apabila pelan anda telah mencapai tempoh matang, anda akan menerima jumlah berikut:
  1. Nilai Matang dari Dana Tabarru’ 2 (jika ada),
  2. Nilai Tunai dalam Akaun Individu Peserta (jika ada),
  3. Jumlah Nilai Akaun dalam Akaun Unit Peserta (jika ada), dan
  4. Jumlah Nilai Akaun daripada i-Saver Rider, (jika ada).

Manfaat Hilang Upaya Penuh & Kekal dan Kematian

  • Sekiranya Hilang Upaya Penuh & Kekal berlaku sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum mencapai umur 70 tahun, atau kematian sebelum tempoh matang Sijil, pembayaran sekali gus manfaat akan dibayar. Sila rujuk brosur untuk maklumat lanjut.

Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah

  • Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.

Secara ringkasnya pelan i-Great Prestij:

Ia meliindungi dan penuhi aspirasi hidup anda dalam satu pelan

Manfaat-manfaat utama:
  • Rangsangan pelaburan tahunan sehingga 20% daripada caruman
  • Rangsangan matang sehingga 500% daripada caruman tahunan
  • Tiada pengunderaitan perubatan