Pelan perlindungan evolusi untuk perkembangan keperluan anda
Semua orang melalui pelbagai peringkat dan cabaran dalam hidup. i-Great Evo memberi anda peluang untuk menyesuaikan pelan perlindungan anda mengikut tahap dan kemampuan hidup anda. Dengan ciri Perlindungan Lanjutan Automatik dan lampiran rider yang komprehensif, i-Great Evo adalah jalan yang terbaik untuk anda mendapatkan perlindungan yang menyeluruh, kerana i-Great Evo adalah pelan perlindungan evolusi untuk perkembangan keperluan anda.
Manfaat-manfaat utama
Caruman bulanan dari RM50
Dapatkan perlindungan penting dengan Jumlah Perlindungan bermula daripada RM15,000 tertakluk pada caruman bulanan serendah RM50.
Perlindungan Lanjutan Automatik
Nikmati perlindungan berterusan selepas matang sehingga 80 atau 100 tahun hari lahir berikutnya dengan Perlindungan Lanjutan Automatik.
Manfaat Hilang Upaya Penuh & Kekal dan Kematian
Sekiranya berlaku Hilang Upaya Penuh & Kekal sebelum tempoh ulang tahun Sijil sebelum umur yang dicapai 70 tahun hari lahir berikutnya atau berlaku kematian sebelum Sijil matang, berikut akan dibayar:
• Jumlah Perlindungan Asas; dan
• Sebarang baki jumlah dalam Akaun Individu Peserta
Manfaat tambahan
Manfaat matang, ihsan dan Kemudahan Tidak Luput
Anda akan menerima sebarang jumlah di dalam Akaun Unit Peserta apabila pelan anda matang dan waris anda akan menerima sejumlah RM2,000 sekiranya anda meninggal dunia.
Perlindungan Penyakit Kritikal paling luas di Malaysia
Sila klik di sini untuk melihat senarai 56 penyakit kritikal.
Perkhidmatan Badal Haji, Wakaf dan Hibah
Perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah opsyenal dan anda perlu mengisi borang perkhidmatan Badal Haji, borang perkhidmatan Wakaf, borang penama dan borang serah hak untuk perkhidmatan pilihan anda masing-masing.
Tingkatkan perlindungan anda
Tingkatkan pelan i-Great Evo anda untuk perlindungan yang lebih komprehensif melalui 8 rider-rider pilihan ini:
Perubatan dan Penghospitalan
- i-Medi Rider
- i-Medi ExPlus Rider
- i-Hospitalisation Benefits Term Rider
Penyakit Kritikal
- i-Critical Illness Benefit Term Rider
- i-Early Lifetime Critical Illness Benefit Term Rider
Perlindungan Kemalangan
- i-Comprehensive Accident Benefits Xtra Term Rider
Pengecualian Caruman
- i-Provider Plus Term Rider – untuk Orang Yang Dilindungi
- i-Contributor Benefit Plus Term Rider – untuk Pencarum
Bagaimanakah i-Great Evo berfungsi

Sila ambil perhatian terhadap perkara di bawah untuk memastikan anda memahami sepenuhnya tentang apa yang dilindungi dan tidak dilindungi oleh produk ini. Jika terdapat keraguan, sila hubungi Azly Perunding Great Eastern Takaful anda ditalian 6011-1023 0305
Recent Comments