Pernahkah anda mempertimbangkan untuk memiliki medical card untuk diri anda sendiri? Ramai yang masih berkira-kira dan menangguhkan hasrat untuk memiliki medical card kerana ingin mengumpul duit terlebih dahulu dan akhirnya sampai sekarang masih tertangguh dan tiada hasil. Namun apabila usia semakin meningkat, anda mula memikirkan semula dan bersedia untuk mendapatkan perlindungan medical card. Dan apabila itu berlaku, anda sudah melepasi umur yang ditetapkan dan tidak layak memiliki medical card. Ada seperkara yang anda perlu ingat bahawasanya medical card tidak melindungi bil hospital seumur hidup. Setiap medical card mempunyai syarat kelayakan dan tempoh perlindungan yang tertentu. Jadi, fikir kembali tentang kegunaan kad ini untuk masa hadapan.

Sebelum membeli medical card, adakah anda faham kepentingan dan fungsi medical card ini? Jangan sekadar memiliki medical card tetapi tidak tahu tentang kepentingan medical card ini. Adalah sangat rugi jika anda tidak cuba fahamkan dengan lebih mendalam tentang medical card. Bagi memastikan anda mendapat manfaat yang sewajarnya daripada pelaburan kesihatan anda, anda perlu tahu fungsi dan kepentingan medical card dan apa yang boleh anda dapat apabila memiliki medical card dari Great Eastern Takaful ini. Artikel ini bertujuan untuk membantu anda untuk memahami manfaat dan kelebihan yang layak anda terima apabila melabur dengan Great Eastern Takaful Berhad.

Pelaburan Bijak

Adalah lebih baik sekiranya anda memiliki medical card daripada memiliki kad kredit. Jika anda memiliki medical card sekurang-kurangnya anda tidak perlu memikirkan kos rawatan yang perlu anda bayar apabila anda ditimpa kemalangan atau mengalami sebarang kecederaan yang tidak disengajakan akibat kemalangan atau jatuh. Jika anda memiliki kad kredit, ia memang boleh membantu anda membuat pembayaran rawatan di hospital tetapi anda masih berhutang dengan bank. Jangan menambahkan lagi beban kewangan anda setelah hutang pelajaran. Tetapi dengan memiliki medical card, anda sudah terjamin dari segi kewangan kerana anda telah membuat pelaburan setiap bulan dengan membayar kepada pihak insurans. Ianya sangat berbaloi untuk kemudahan anda pada masa hadapan.

Harga Pada Kadar Yang Lebih Rendah

Di usia lingkungan 20-an, adalah disarankan untuk anda memiliki medical card ini. Hal ini kerana, pada usia yang muda, peruntukan yang perlu anda keluarkan adalah lebih rendah berbanding apabila umur anda mencecah 30-an. Saya faham, di usia yang muda ini anda pasti memikirkan tentang wang simpanan dan wang perbelajaan harian anda. Namun, jika tidak bermula sekarang, anda pasti tidak akan memulakannya langsung.

Perlindungan Kos Perubatan Ahli Keluarga

Saya tahu, apabila anda bekerja, anda mungkin dibekalkan medical card daripada company. Ini adalah bahagian yang paling penting apabila anda mempunyai medical card dari company dan juga diri anda sendiri. Apabila anda dimasukkan ke hospital, gunakan medical card yang dibekalkan oleh company anda kerana ini dapat menjimatkan limit tahunan pada medical card anda. Tambahan pula, limit tahunan pada medical card company biasanya tidak banyak. Dan biasanya, medical card dari company boleh melindungi ahli keluarga anda. Jadi, lebih praktikal untuk anda menggunakan medical card company untuk membiayai perubatan kesihatan keluarga anda dan menggunakan medical card peribadi anda untuk merawat diri sendiri.

Cashless Admission

Tidak perlu wang pendahuluan. Dengan medical card Great Eastern Takaful, anda tidak perlu lagi risau tentang wang dan bimbang kerana perlu membayar wang pendahuluan untuk kemasukan hospital. Kami membantu memudahkan anda untuk mendapatkan rawatan di hospital tanpa keluh kesah. Pastikan ianya medical card Great Eastern Takaful anda boleh memilih pelan perlindungan premium, agar segala kos perubatan anda dilindungi tanpa menyentuh duit poket anda dan mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya.

Bilik Wad (Room & Board)

Sudahlah jatuh ditimpa tangga, hati masih resah memikirkan berapa hari dan mungkin lebih dari 3 hari anda ditahan di hospital dan berapa pula jumlah harga bilik yang perlu dibayar. Mungkin ini menjadi bebanan kepada sesetengah pihak. Tetapi jika anda memiliki medical card Great Eastern Takaful, perihal bilik wad memang tiada masalah lagi kerana medical card ini membayar keseluruhan kos perubatan bergantung kepada had tahunan yang anda telah pilih. Dan untuk ini, bilik wad anda akan ditanggung sehingga RM500 (mengikut syarat kelayakan yang dikeluarkan oleh pengendali Takaful) sehari dan yang paling menarik, ia tiada had hari.

Dapatkan Medical Card Terbaik Dari Great Eastern Takaful Berjad Untuk Pelaburan Kesihatan Masa Depan

Adakah anda sudah memiliki medical card anda sendiri? Jika belum, anda mungkin perlu fikirkannya kembali. Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, ada pelbagai jenis cara bagi mengatasi masalah ini. Anda mungkin perlu menyenaraikan perbelanjaan bulanan anda dan cuba untuk mengurangkan kos bulanan anda dengan menyingkirkan perkara yang tidak penting. Dengan ini, anda dapat menyimpan untuk perlindungan kesihatan masa depan anda. Dapatkan medical card untuk perlindungan masa hadapan anda dan pelaburan perubatan kerana ia sangat berbaloi dan berpatutan. Anda mungkin merasakan bahawa medical card ini tidak begitu mustahak, tetapi kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku kepada kita tetapi kita masih mampu untuk mengawal masa hadapan dengan melakukan perkara yang sewajarnya. Minimumkan risiko anda menggunakan simpanan aset dan pelaburan untuk membayar bil Rawatan Hospital